Jumaat, 22 Februari 2013

Kelirunya aku......


Dua tiga ari nie hangat diperkatakan tentang fizz fairuz... aku baca gak la pasal diorg nie... tp aku tertarik dengan 2 blog yg aku jumpa nie... bie pasal kenyataan konon nya suami azlyn massiela 2.. keliru2.... apa2 pun aku doakan yg terbaik untuk diorg..

Tambah Ramli lagi, keluarga Azlyn Massiela memang tidak pernah mengetahui tentang perkahwinan mereka berdua.

atau

Kata Ramli, untuk mendapatkan kepastian perkahwinan terbabit, dia meminta berjumpa ibu bapa Azlyn kerana pada awal pernikahan, mereka mengetahui status sebenar.

Baca yg bawah nie..

Dakwaan Suami, Azlyn Massiela Hilang Ingatan, Tak Salahkan Fizz
0
Dakwaan Suami, Azlyn Massiela Hilang Ingatan, Tak Salahkan Fizz – Krisis dan kekeliruan melibatkan aktor terkenal, Fizz Fairuz yang dilaporkan bertunang dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela pada minggu lalu dilihat semakin berlarutan apabila Fizz telah memutuskan pertunangannya itu dengan alasan bekas tunangnya itu merupakan isteri orang.


Azlyn telah tampil membuat pengakuan bahawa dirinya tidak pernah berkahwin sebelum ini dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu telah menjatuhkan maruah keluarganya.
Akhbar Harian Metro pula menyiarkan kenyataan daripada seorang lelaki bernama Ramli yang tampil mengakui dirinya merupakan suami kepada bekas tunangnya Fizz Fairuz dan mendakwa bahawa isteri keduanya itu hilang ingatan.
“Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” katanya.
Ramli turut mendakwa yang Azlyn Massiela bertindak sedemikian kerana merasa kesunyian akibat kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di Thailand beberapa tahun lalu.
“Ya dia adalah isteri kedua saya dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama. Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz.
“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” ujarnya.
Tambah Ramli lagi, keluarga Azlyn Massiela memang tidak pernah mengetahui tentang perkahwinan mereka berdua.


Atau

Tunggu ‘drama’ selanjutnya-Suami Bekas Tunang Fizz
February 22nd, 2013 08:41 AM | by Hasbro | Semasa.  
Kuala Lumpur: “Sekarang ini, saya mahu menyaksikan permainan dia,” kata lelaki yang mendakwa suami kepada tunang Fizz Fairuz yang ingin dikenali sebagai Ramli, 40-an.
Dia yang dihubungi Harian Metro semalam, bertegas bahawa Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, adalah isteri keduanya yang dinikahi di Selatan Thailand.
Malah, dia mengakui memiliki bukti kukuh mengatakan wanita itu isteri keduanya namun enggan menunjukkan bukti itu kerana tidak mahu memanjangkan kontroversi.
“Bukti surat nikah di Thailand ada, tapi saya enggan mendedahkan kerana keadaan semakin rumit. Saya juga sudah memberikan salinan kepada Fizz, tanya dia,” katanya.



Kata Ramli, untuk mendapatkan kepastian perkahwinan terbabit, dia meminta berjumpa ibu bapa Azlyn kerana pada awal pernikahan, mereka mengetahui status sebenar.

Yang mana 1 betul nie?????

sumber: 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan